TEHERAN: Tentera Iran pada Khamis mengumumkan bahawa mereka telah menyasarkan kemudahan tentera Amerika Syarikat (AS) di Jordan menggunakan dron, menurut media kerajaan.
Pengumuman itu dibuat selepas AS melancarkan satu lagi gelombang serangan ke atas Iran.
“Tentera Republik Islam Iran mengumumkan bahawa sebagai tindak balas terhadap pencerobohan musuh, pihaknya telah menyasarkan sistem komunikasi dan kemudahan simpanan bahan api milik tentera Amerik di Jordan menggunakan dron berani mati ,” lapor stesen televisyen kerajaan IRIB.
Kuwait memaklumkan pada Khamis bahawa pihaknya sedang memintas dron Iran.
Siren amaran serangan udara turut dibunyikan di Bahrain susulan satu lagi malam serangan AS ke atas wilayah Iran.
Dalam satu kenyataan di platform X, tentera Kuwait berkata bahawa mereka sedang menangani serangan dron musuh susulan pencerobohan oleh Iran. – AFP










