3,077 mangsa banjir Pasir Mas masih berlindung di PPS

3,077 mangsa banjir Pasir Mas masih berlindung di PPS

ANGGOTA polis sentiasa membuat rondaan cegah jenayah bagi memastikan kawasan kampung yang ditenggelami banjir di Pasir Mas, Kelantan berada dalam keadaan selamat-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 3,077 mangsa banjir di Pasir Mas yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 3,230 setakat pukul 8 pagi semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi ini kesemua mangsa daripada 957 keluarga itu masih berlindung di 10 buah PPS.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh kekal menjadi PPS tertinggi yang menempatkan mangsa banjir apabila seramai 885 orang masih berlindung diikuti, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial (507) dan SK Gual Periok (501).

“PPS SK Sri Kiambang pula seramai 421 orang, Masjid Mukim Padang Licin (258), Madrasah Tasek Bakong (194), SMK Gual Periok (96), SK Kedai Tanjong (78), SK Gual Tinggi (69) dan Sekolah Menengah Ugama Arab Pohon Buluh (68),” katanya.

Menurutanya, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang ketika ini semakin menurun namun masih berada pada bacaan berjaga-jaga.

Katanya, empat jalan yang masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang berhampiran Masjid Padang Licin, Jalan SK Gual Tok Deh (padang bola), Jalan Tok Deh-Gual Periok (Kampung To’Deh) dan Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah (Kampung Tersang).

“Antara kampung yang masih ditenggelami banjir Baroh Pial, Kubang Chenok, Gual Tok deh, Tasek Bakong, Lachang, Kusar, Banggol Kulim, Parit Air, Terusan, Gual Nibong, Kedai Lama, Kedap, Tasek Cina, Kubang Gabus, Padang Licin dan Serungga.

“Selain itu, Banggol Kulim, Bakat, Banggol Ubi Keling, Kok Kiyeh, Taman Rantau Mas, Kubang Kedepe, Banggol Mek Pit, Banggol Perol, Jeram Perdah, Sapi, Maurigi, Banggo Nyior, Bukit Lata, Tasek Bakong dan Kubang Pak Hitam,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN