Wahab ke Bukit Aman petang ini - Utusan Malaysia

Wahab ke Bukit Aman petang ini

ABDUL WAHAB ABDUL KADIR JILANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peguam mewakili Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Abdul Wahab Abdul Kadir mengesahkan keterangan anak guamnya akan diambil di Bukit Aman, hari ini.

Difahamkan, keterangan itu akan diambil pukul 3 petang berhubung siasatan klip video perbualan lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Faizal Abd Rahman ketika dihubungi  mengesahkan Abdul Wahab akan diambil rakaman percakapan tersebut.

“Ya, confirm (pasti),” katanya ringkas.

Terdahulu, Abdul Wahab dilaporkan mengalami kemurungan dan perlu sedikit masa untuk tampil beri keterangan kepada polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pihaknya berusaha menjejaki Abdul Wahab ekoran selepas usaha menghubungi gagal apabila telefon bimbit dimatikan. 

Pada 17 November lalu, Abdul Wahab dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Bangi mendedahkan tindakannya merakam perbualan berunsur lucah bersama Mohammad Agus didalangi seorang individu dikenali sebagai Mr H.

Susulan kenyataannya itu, polis memanggil individu dipercayai Mr H yang dimaksudkan bagi dirakam keterangan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya