Polis Kelantan siap siaga hadapi MTL

Polis Kelantan siap siaga hadapi MTL

MUHAMMAD Zaki Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan sudah bersiap siaga menghadapi bencana banjir sepanjang peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijadual berlaku tidak lama lagi bermula sekarang.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, setakat ini pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama semua agensi dan jabatan berkaitan sebagai persediaan melaksanakan tugas sepanjang tempoh itu.

“Berdasarkan perbincangan bersama semua jabatan dan agensi, mereka juga sudah bersedia. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan segala persediaan dan penugasan berjalan dengan lancar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, pembekuan cuti pegawai dan anggota akan dilihat berdasarkan situasi semasa MTL.

“Kalau kita lihat pada hari ini cuaca sudah mula berubah. Bagaimanapun kita masih belum putuskan sama ada cuti dibeku atau tidak.Kita akan lihat kepada situasi dan perkembangan semasa bencana,” ujarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan MTL yang dijangka bermula 11 November ini sehingga Mac tahun depan berkemungkinan membawa empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang tempoh tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, dalam fasa awal iaitu pada November ini hingga Januari depan, hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.

Bagaimanapun beliau berkata, jika luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri lain di negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN