Penunggang motosikal maut, langgar belakang lori berhenti di lampu isyarat - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut, langgar belakang lori berhenti di lampu isyarat

LOKASI kejadian seorang penunggang motosikal maut yang maut selepas melanggar bahagian belakang lori yang berhenti di lampu isyarat di Kilometer 25, Jalan Tampin-Gemas, Pekan Gemencheh, Tampin pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang lori yang berhenti di lampu isyarat Kilometer 25, Jalan Tampin-Gemas, dekat pekan Gemencheh di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, N. Suresh, 32, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman, kemalangan membabitkan sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 42 tahun manakala mangsa pula menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC.

“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku semasa pemandu lori yang menghala ke arah Gemas berhenti di lampu isyarat kerana lampu isyarat berwarna merah, tiba tiba telah dilanggar dari arah belakang oleh si mati yang menunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian. Mayat telah dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ujar Amiruddien lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya terbabit diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin atau boleh menghubungi talian 06-4412502 atau 06-4431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan. 

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih diteruskan,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya