Pengalaman Muhyiddin masih diperlukan

Pengalaman Muhyiddin masih diperlukan

Pemilihan merebut jawatan Timbalan Presiden Bersatu dicadang kena deposit RM100,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengalaman luas dalam kepimpinan dan aura ‘abah’ adalah alasan mengapa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak melepaskan jawatan pre­siden kepada pemimpin lain.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Srikandi Muda Bersatu, Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, itu bukan bermaksud Bersatu tidak mempunyai pemim­pin lain tetapi pengalaman beliau masih diperlukan terutama dalam waktu getir se­perti sekarang.

“Tan Sri (Muhyiddin) juga mempunyai aura ‘abah’ yang diperlukan oleh masyarakat, belia dan anak-anak muda,” katanya

TERAJUI

Beliau berkata, ramai yang boleh menerajui kepimpinan seperti yang disebutkan presiden dalam wawancara baru-baru ini tetapi beliau berpandangan, waktunya belum tiba.

Beliau turut menafikan, pe­mimpin-pemimpin muda dalam Bersatu tidak mampu untuk memimpin parti itu dan menarik pengundi-pengundi belia.

Sementara itu, Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, keputusan Presiden Bersatu itu membolehkan parti mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan pasukan kepemimpinan secara keseluruhan.

“Saya nampak ada masa yang cukup untuk parti melakukan strategi membentuk kepemim­pinan supaya ada proses transisi yang dapat dilakukan dengan baik dan berkesan dalam membariskan pemimpin-pemimpin yang sepatutnya berada dalam kepemimpinan utama (MPT) bagi mengelakkan pergolakan.

“Bukan bercakap tentang seorang, tetapi satu pasukan. Tan Sri perlu membentuk satu pasukan yang baik bukan sahaja untuk Bersatu, tetapi untuk kita berhadapan dengan pilihan raya akan datang.

“Satu pasukan itu bukan penggantinya sahaja, tetapi pasukan yang padu dan boleh memberikan satu cabaran kepada pesaing,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Jawatankuasa Semakan Perlembagaan Bersatu menjelaskan, cadangan penubuhan majlis penasihat yang diutarakan oleh Muhyiddin perlu dilakukan melalui proses pindaan perlembagaan dalam perhimpunan khas atau PAT akan datang.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Johor, Mohd. Solihan Badri pula berkata, keberadaan Ahli Parlimen Pagoh itu di kerusi Presiden penting bagi memastikan parti itu tidak kehilangan pemimpin berwibawa dan berintegriti.

“Bukan ketandusan pemimpin tetapi keterlibatan dan input beliau masih diperlukan bagi proses penambahbaikan,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN