Pembinaan RTS capai 55 peratus, yakin siap 2026 - Utusan Malaysia

Pembinaan RTS capai 55 peratus, yakin siap 2026

MOHAMAD FAZLI MOHAMAD SALLEH (dua dari kanan) menunjukkan Jambatan Sungai Masai di Jalan Masai Lama, Johor Bahru yang sudah beroperasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerja-kerja pembinaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands di Singapura mengikuti jadual dan kini mencapai tahap 55 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh yakin projek itu mampu disiapkan menjelang 2026.

“Perkembangan projek untuk pembinaan struktur rel, viaduct dan sebagainya sudah mencapai  tahap 55 peratus hingga kini, manakala bagi pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) mencapai tahap sembilan peratus.

“Projek yang kita tumpu sekarang adalah bahagian struktur rel kerana melibatkan sambungan dengan pihak pembinaan yang dilakukan pihak kerajaan Singapura.

“Walaupun pembinaan CIQ baru mencapai sembilan peratus, ia masih mengikut jadual, saya kira pembinaan di Singapura juga berjalan lancar,” katanya selepas merasmikan dan menyerahkan projek Jambatan Sungai Masai di Jalan Masai Lama, di sini.

Perkhidmatan RTS yang mampu membawa sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi kedua-dua hala diyakini berupaya menangani sebahagian daripada cabaran pergerakan rakyat Malaysia dan Singapura.

RTS merupakan perkhidmatan tren ulang-alik sepanjang empat kilometer antara Stesen Woodlands North di Singapura dan Bukit Cagar, Johor Bahru.

Perkhidmatan itu akan berintegrasi dengan sistem pengangkutan awam di kedua-dua stesen, menyediakan kaedah pengangkutan alternatif yang akan membantu mengurangkan kesesakan di kedua-dua pemeriksaan imigresen.

Mengenai status perkhidmatan Transit Aliran Bas (BRT), Mohamad Fazli memberitahu, kerajaan negeri akan bincang semula dan akan buat pilihan yang terbaik untuk Johor. 

Katanya, ia akan memakan sedikit masa kerana melibatkan perbincangan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Kerajaan negeri juga akan membuat kajian semula tentang keberkesanan setiap projek yang akan masuk ke Johor bagi memberi nilai tambah terhadap sistem pengangkutan awam di negeri ini.

“Kita harap projek ini dapat siap sebelum 2027, sebelum RTS beroperasi, bagaimanapun perbincangan lanjut mengenai perkara ini masih berjalan turut melibatkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) sebagai badan berkuasa jaga Iskandar Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya