Pelajar tingkatan empat, rakan ditahan bersama 10 kg ganja

Pelajar tingkatan empat, rakan ditahan bersama 10 kg ganja

KETULAN ganja yang dirampas dalam serbuan tepi jalan Kampung Banggol Petaling, Pasir Mas, Kelantan pada Ahad lalu-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang pelajar tingkatan empat dan rakannya ditahan bersama ganja seberat 10 kilogram semasa serbuan di tepi jalan Kampung Banggol Petaling, di sini pada Ahad lalu.

Kedua-dua suspek berusia 16 dan 18 tahun itu ditahan pada pukul 3.15 petang semasa berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil oleh sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Polis Daerah Pasir Mas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kedua-dua suspek direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan berkait dengan rampasan tersebut.

Menurutnya, semasa serbuan dilakukan hasil pemeriksaan yang dijalankan polis telah menjumpai ganja seberat 10 kg dianggarkan bernilai RM31,000 bersama mereka.

“Semakan menjadi salah seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau yang berkait kes dadah.

“Saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis ketamin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Aminuddin memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, polis akan terus berusaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah dan berharap masyarakat dapat membantu dalam mengatasi masalah tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dadah atau jenayah boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7932222 atau balai-balai yang berdekatan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya