Lebih banyak kawasan perindustrian baharu dibuka di N. Sembilan tahun depan - Utusan Malaysia

Lebih banyak kawasan perindustrian baharu dibuka di N. Sembilan tahun depan

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Beberapa buah lagi pembinaan kawasan perindustrian baharu akan dibuka di negeri ini pada tahun hadapan yang sekali gus menyaksikan Negeri Sembilan terus kekal menjadi destinasi pilihan pelabur. 

Menyifatkan ia sesuatu yang baik dan amat menggalakkan bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau akan memperincikan dengan lebih lanjut mengenainya pada minggu hadapan.

“Kita sebenarnya telah hampir habis proses pembukaan kawasan perindustrian berkenaan. Tahun hadapan insya-Allah kita akan ada banyak kawasan perindustrian baharu dibuka seperti di Nilai, Bandar Ainsdale dan di Senawang. 

“Itu antara yang baharu dan mencabar, minggu depan saya akan perincikan kawasan-kawasan perindustrian dan industri yang buat pembesaran pada tahun ini disamping pelabur baharu yang akan masuk ke negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Menambah lanjut, Aminuddin berkata, kawasan perindusrian sedia ada di negeri ini juga telah mendapat tempahan menggalakkan daripada pelabur. 

Sebelum ini, Aminuddin dilaporkan berkata, pertumbuhan pelaburan ke dalam Negeri Sembilan membantu memangkin matlamat Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030. –UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN