Keterangan luar mahkamah tidak terpakai

Keterangan luar mahkamah tidak terpakai

SIRUL Azhar Umar bersama Azilah Hadri ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2007.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan terbaharu bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar yang mengatakan dirinya dijadikan kambing hitam dalam kesalahan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu tidak terpakai sebagai keterangan mahkamah.

Sebarang kenyataan di luar mahkamah bukanlah satu bentuk keterangan yang boleh dijadikan hujah kes untuk melepaskan diri daripada sebarang pertuduhan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam kanan, Moha­med Haniff Khatri Abdulla berkata, secara umumnya, definisi keterangan bermakna pernyata­an bersumpah seseorang individu dan segala dokumen yang dikemukakan ketika prosiding perbicaraan.

Justeru, katanya, sebarang dakwaan dan bukti baharu yang diketengahkan di luar mahkamah bukan satu keterangan, sebaliknya satu bentuk kenyataan dan tidak boleh dijadikan hujah serta pembuktian kes.

“Jika mana-mana pihak ada bukti baharu, kena buat permohonan penampalan untuk memasukkan keterangan baharu. Sama ada dibenarkan atau tidak, mahkamah akan tentukan.

“Oleh demikian, sebarang kenyataan baharu termasuk dakwaan dijadikan kambing hitam yang berlaku di luar mahkamah termasuk melalui media bukanlah keterangan mahkamah untuk dijadikan hujah dan beban pembuktian, sebaliknya ia adalah kenyataan individu itu sendiri. Ia tidak terpakai dalam hujahan mahkamah,” katanya.

Mohamed Haniff Khatri berkata, pendedahan Sirul Azhar itu menimbulkan banyak persoalan dan mengapa dia secara tiba-tiba mahu membangkitkan perkara tersebut sedang­kan boleh berbuat demikian semasa prosiding berlangsung.

Katanya, dia sepatutnya memberikan keterangan dipe­rangkap sebelum mahkamah membuat keputusan terhadap sabitan dan hukuman kesalahan membunuh.

“Malah Mahkamah Persekutuan pernah menolak permohonan seorang lagi pesalah, Azilah Hadri untuk mengetepikan keputusan hukuman mati di atas alasan tidak berlaku ketidakadilan dalam kes yang dihadapinya sebelum ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN