KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak melengahkan kelulusan sebarang projek yang diputuskan supaya memudahkan urusan perniagaan kepada semua pihak termasuk pelaburan asing. Perdana Menteri berkata, tindakan melengahkan pelaksanaan projek akan memberi kesan dan kesukaran kepada pelbagai pihak khususnya jika ia membabitkan kepentingan pelabur dan masyarakat. “Sebab itu kita putuskan tadi, selepas dua minggu, laporan mesti sampai untuk dibentang, pelaksanaan (projek pembangunan) yang sudah diputuskan tadi. “Kalau tidak, nanti pihak pengurusan tangguh sampai tahun depan kerana katanya bulan Disember ini bulan yang separuhnya cuti.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya