PARLIMEN: Malaysia tidak tolak kemungkinan jadi sasaran ejen Mossad

PARLIMEN: Malaysia tidak tolak kemungkinan jadi sasaran ejen Mossad

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak menolak kemungkinan menjadi sasaran ejen perisikan Israel, Mossad susulan pendirian tegas negara dalam mempertahankan Gaza serta hubungan baik dengan Iran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah mengambil langkah-langkah tambahan termasuk menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengenal pasti tindakan melibatkan penyeludupan senjata, dadah serta kehadiran ejen asing yang boleh menggugat keselamatan negara.

“Badan perisik antarabangsa termasuk Mossad memang dikenal pasti. Taklimat terbaharu yang diterima daripada badan perisikan negara menunjukkan mereka benar-benar mengambil serius isu ini terutama selepas terbukti bukan sahaja kehadiran ejen Mossad, malah penggunaan pasangan suami isteri tempatan yang dipercayai bersubahat dengan agensi itu,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhubung langkah kerajaan mengelakkan kemasukan ejen Mossad ke negara ini.

Anwar turut merujuk kes lampau membabitkan pembunuhan pensyarah Palestin, Dr. Fadi M R Al Batsh Fatma pada 2018 yang dipercayai didalangi ejen asing, selain beberapa tindakan lain yang telah dikenal pasti dan diambil tindakan.

“Ejen perisik ini cukup canggih dan pantas. Ramai yang sempat melarikan diri sebelum dapat dikenal pasti. Namun, antara kes terkini ialah pasangan suami isteri Melayu dari Selangor yang dipercayai bekerjasama dengan Mossad untuk menyeludup senjata dari Thailand. Mereka telah ditahan dan kini berada dalam penjara,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan mengenai isu kegagalan sistem Autogate di pintu masuk negara baru-baru ini, Anwar menjelaskan bahawa masalah berkenaan telahpun diselesaikan.

“Masalah itu berkait dengan sistem Interpol dan Alhamdulillah, setakat ini ia sudah diselesaikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN