RCI Batu Puteh: Kerajaan tidak ambil tindakan terhadap Tun Mahathir

RCI Batu Puteh: Kerajaan tidak ambil tindakan terhadap Tun Mahathir

ANWAR IBRAHIM - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kabinet sebulat suara membuat keputusan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan atas faktor usia beliau yang sudah lanjut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun kerajaan berpandangan keputusan Dr. Mahathir pada 2018 yang tidak meneruskan semakan kehakiman terhadap tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh adalah satu kesilapan namun tindakan undang-undang tidak diambil bagi menghormati keadaan beliau.

“Kita ambil keputusan ini kerana ia melibatkan seorang bekas Perdana Menteri yang usianya sudah menjangkau 100 tahun. Adakah beliau tidak melakukan kesalahan? beliau memang bersalah. Tetapi adakah kita perlu ambil tindakan? saya dan Jemaah Menteri bersetuju untuk tidak ambil tindakan.

“Kalau tindakan diambil, nanti Kota Bharu (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) akan menuduh kita tidak berlaku adil. Tetapi saya tidak anggap keputusan ini berunsur politik, sebaliknya kerana faktor usia beliau,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Batu Puteh adalah milik Singapura, Middle Rocks kepada Malaysia dan South Ledge menjadi milik negara di perairan di mana pulau itu terletak.

Pada Jun 2017, Malaysia memohon kepada ICJ untuk meminta interpretasi penghakiman itu.

Pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Dr. Mahathir, telah menarik balik permohonan untuk membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh atau dikenali sebagai Pedra Branca kepada Singapura.

Kerajaan mempersoal keputusan pentadbiran Dr. Mahathir pada 2018 yang menarik diri daripada semakan semula keputusan ICJ pada 2008 yang menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN