Hanya mampu lihat rakan tertimbus

Hanya mampu lihat rakan tertimbus

Salah seorang mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan dari runtuhan di tapak pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam. – UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Warga Bangladesh yang turut bekerja di tapak pembinaan gudang yang runtuh di Batu Maung, dekat sini malam hanya mampu melihat rakan-rakan mereka tertimbus di bawah runtuhan konkrit.

Salah seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad Ikhtiar, 38, berkata, mereka tidak dapat menyelamatkan mangsa yang tertimbus di­sebabkan tidak mampu mengangkat runtuhan konkrit yang terlalu berat.

Mohamad Ikhtiar yang sudah tiga bulan bekerja di tapak pembinaan gudang itu berkata, ketika kejadian dia dan beberapa rakan senegaranya yang lain sedang be­kerja di bahagian lain yang tidak jauh dari lokasi runtuhan tiang rasuk kon­krit tersebut.

Bagaimanapun, katanya, ketika sedang bekerja, mereka terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum melihat tiang rasuk konkrit tumbang dan menimpa tiang-tiang rasuk konkrit lain sebelum terjatuh ke atas sekumpulan pekerja.

“Saya bersama-sama rakan yang lain terus bergegas ke lokasi runtuhan dan cuba menyelamatkan pekerja yang tertimbus tetapi tidak berjaya kerana runtuhan konkrit terlalu berat untuk diangkat,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.58 malam tadi, seramai 18 buruh binaan warga Bangladesh sedang bekerja di tapak pembinaan sebuah gudang sebelum salah satu tiang rasuk konkrit secara tiba-tiba runtuh dari ketinggian kira-kira 20 meter.

Tiang rasuk seberat 14 tan dan sepanjang 12 meter itu kemudiannya menimpa sekurang-kurangnya 14 lagi tiang rasuk lain sebelum jatuh dan menimpa kesemua mangsa yang sedang bekerja di bawahnya.

Setakat pukul 3.30 pagi tadi, tiga disahkan maut dalam kejadian itu masing-masing dua di lokasi kejadian manakala seorang lagi me­ninggal dunia di hospital dengan tiga lagi dikhuatiri masih tertimbus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×