Tiba-tiba beras pun berlebih di Simpang Pelangai

Tiba-tiba beras pun berlebih di Simpang Pelangai

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUSINGAN kedua Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai masuk­ ‘gear lima’ apabila semakin ramai barisan kepemimpinan Pusat turun padang berkempen untuk calon dan parti masing-masing.

Berbanding minggu lalu, bandar Simpang Pelangai hanya dipenuhi penduduk tempatan melakukan aktiviti seharian, kini tiba-tiba sesak dengan kehadiran orang luar dari seluruh negara.

Secara bahasa mudahnya, Simpang Pelangai sudah menjadi Kuala Lumpur kerana semua manusia dari seluruh negara tertumpu ke pekan kecil ini.

KEBETULAN

Malah, pelbagai program rasmi dan jualan barangan ke­perluan ‘secara kebetulan’ diatur untuk penduduk kawasan ini manakala tidak kurangnya kemudahan asas ditambah baik sejak minggu lalu.

Tidak kiralah Barisan Nasional (BN) mahupun Perikatan Nasional (PN), masing-masing dilihat sama sahaja apabila menggunakan kedudukan ma­sing-masing untuk berkempen dalam pilihan raya kecil ini yang berbaki lima hari.

Program tukar minyak, akti­viti anak muda dan pertandingan sukan bersama penduduk adalah antara aktiviti untuk mengisi masa lapang demi menagih sokongan sebelum hari pengundian yang berlangsung pada 7 Oktober ini.

Malah seorang peniaga berasa hairan beras tempatan yang sebelum ini berdepan masalah bekalan, mendakwa tiba-tiba cukup dan berlaku lebihan sejak kebelakangan ini sekali gus dia tidak menolak ia berkaitan dengan pilihan raya.

Sama ada secara kebetulan atau dirancang, kemunculan muka-muka pemimpin utama dan penganjuran program berlangsung dalam minggu kempen PRK Pelangai sekali gus menimbulkan persoalan berke­naan tujuan tersebut.

Bagaimanapun, pusingan pertama kempen PRK Pelangai dilihat masih hambar dengan setiap calon dan parti hanya menggerakkan kempen bersemuka dan rumah ke rumah.

BERHEMAH

Tidak seperti PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpan Jeram serta enam pilihan raya negeri (PRN) yang dilihat agresif, tetapi mungkin PRK Pelangai dengan cara ‘orang Pahang’ yang berhemah dalam setiap perbuatan.

Mungkin ini cara politik Pahang dan tidak sama seperti negeri lain. Nama Kehangatan PRK DUN Pelangai mungkin bertambah panas dalam ming­gu depan apabila kepemimpinan nasional termasuk bekas Perdana Menteri bakal hadir ke pentas ceramah politik di sini.

Sama ada isi ceramah me­nyentuh keperluan penduduk Pelangai atau tidak, kita kena tunggu minggu depan.

Kadangkala penduduk tidak peduli sangat retorik politik, yang mereka tahu apakah tawaran pembangunan untuk seluruh warga Pelangai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN