Siasatan rusuhan DIBW 2023 tidak dihenti, sedang dikemas kini - Utusan Malaysia

Siasatan rusuhan DIBW 2023 tidak dihenti, sedang dikemas kini

KAMARUL ZAMAN MAMAT (dua dari kanan) beramah mesra dengan orang awam yang menerima anugerah penghargaan Ketua Polis Johor pada Majlis Perhimpunan Bulanan di IPK Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis tidak menghentikan siasatan insiden rusuhan antara peserta tempatan dan antarabangsa pada program Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Pantai Awam Desaru, Kota Tinggi bulan lalu, sebaliknya masih mengemaskinikan maklumat yang berkaitan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, selepas itu hasil siasatan lengkap akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan kes itu tidak ditutup, mereka buat salah kita akan siasat dan jika ada bukti, kita akan ambil tindakan dan tuduh di mahkamah. Walau bagaimanapun, kertas siasatan akan dibawa ke pihak pendakwa raya dahulu.

“Pada masa ini cukup tangkapan sedia ada, kita akan lihat kalau perlu ada tangkapan lain kita akan tangkap. Tetapi buat waktu ini tiada tangkapan baharu,” katanya ketika ditanya tentang perkembangan terkini siasatan insiden tersebut.

Beliau ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya, Deputi Komisioner M. Kumar.

Semasa penganjuran DIBW 2023 baru-baru ini, empat lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an bagi membantu siasatan insiden pergaduhan antara peserta tempatan dan peserta dari Amerika Syarikat.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku akibat provokasi dan cabar-mencabar antara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan pelbagai penipuan secara dalam talian yang digunakan ‘scammer’.

Beliau berkata, majoriti kes penipuan dapat dielakkan sekiranya orang ramai bersikap rasional apabila menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mengaku sebagai pihak berkuasa.

“Kebiasaannya ‘scammer’ ini akan mengaku sebagai pegawai penguat kuasa, sebelum memaklumkan kita ada membuat kesalahan seperti saman trafik contohnya, namun apabila disiasat mereka dakwa kita ada kesalahan pengubahan wang haram.

“Ikut logik jika kesalahan dibuat adalah melibatkan saman trafik, kompaun maksimum hanyalah RM300 dan mustahil boleh dikaitkan dengan apa-apa kesalahan lain. Selain itu, pihak berkuasa tidak akan menelefon setiap pesalah sebelum disambungkan dengan mana-mana pegawai, itu satu kaedah ‘scammer’ yang sering digunakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya