KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu mengesahkan Barisan Nasional (BN) akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Nik Dir Wan Ku berkata, BN tidak akan memberi laluan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding dalam PRK itu seperti dilakukan pada PRK Parlimen Kuala Terengganu, Ogos lalu. Menurutnya, walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu, ia bukan alasan…