'Kemenangan Pas tidak beri isyarat apa-apa kepada Kerajaan Perpaduan'

‘Kemenangan Pas tidak beri isyarat apa-apa kepada Kerajaan Perpaduan’

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kemenangan Pas dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman Sabtu lalu tidak memberi gambaran sebenar penolakan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, malah ia tidak memberi apa-apa isyarat kepada Kerajaan Perpaduan kerana kerusi itu pernah dimenangi Pas pada pilihan raya lalu.

“Kawasan kemaman itu dulu siapa menang….Pas kan? Baru ni (semalam) siapa menang…Pas. Jadi ia tiada nilai tambah lah kan.

“Jadi tiada apa-apa (isyarat) kerana tiada bertambah apa-apa (tambahan kerusi kepada Kerajaan Perpaduan) Jadi kerana itu ia tidak beri sebarang isyarat apa-apa,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan sambutan Setahun Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani dan Perhimpunan Bulanan KDN, di sini hari ini.

Katanya, perkara akan berlaku sebaliknya jika Barisan Nasional (BN) menang pada PRK Kemaman semalam dan Pas di bawah Perikatan Nasional (PN) berjaya menang semula di kerusi itu.

“Ini cuma bertukar wakil rakyat dan sekarang (semalam) penduduk disitu menangkan semula PN. Jadi, tiada isu apa-apa. Saya ucapkan tahniah atas kemenangan itu,” katanya.

Pas mengekalkan penguasaan di Parlimen Kemaman apabila calonnya Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menang dengan majoriti 37,220 undi.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendapat 64,998 undi, manakala lawannya dari calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan 27,778 undi.

Majoriti yang diperoleh calon Pas kali ini melebihi 10,041 undi berbanding penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya