ALOR SETAR: Penternak ayam dan pengeluar telur di negeri ini menaruh harapan tinggi agar kerajaan meneruskan pemberian subsidi demi menstabilkan bekalan dan harga makanan segar itu di pasaran. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Persatuan Penternak Ayam Kedah, P. Ravintharan berkata, penghapusan subsidi mungkin mengakibatkan krisis bekalan makanan itu apabila penternak mengurangkan pengeluaran akibat kos operasi semakin tinggi. “Jika kerajaan tidak teruskan subsidi sekarang, ia akan menjejaskan keselamatan bekalan ayam bagi…










