LTU Bentong-Pelangai hanya tunggu kelulusan - Abdul Rahman - Utusan Malaysia

LTU Bentong-Pelangai hanya tunggu kelulusan – Abdul Rahman

ABDUL RAHMAN Mohamad (tiga kiri) menyantuni masyarakat orang asli pada program ramah mesra dan santuni saudaraku di Kampung Orang Asli Hulu Semeii, Pelangai di Bentong, Pahang. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Projek pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Bentong ke Pelangai di sini sepanjang 35 kilometer yang membabitkan peruntukan berjumlah RM987 juta hanya menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, di peringkat kementerian terbabit, semuanya sudah selesai termasuk menyediakan reka bentuk jajaran laluan berkenaan.

“Projek ini di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) dan akan dibahagikan kepada tiga fasa pembinaan. Bajetnya tinggi kerana ia melihatkan pembinaan pelbagai infrastruktur seperti jambatan dan mungkin pengambilalihan tanah.

“Sebaik sahaja peruntukan diluluskan, kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dan kita jangka mengambil masa empat tahun untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Ramah Mesra dan Santuni Saudaraku di Kampung Orang Asli Hulu Semeii di sini hari ini.

LTU atau sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Central Spine Road (CSR) menghubungkan Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Bentong, kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Abdul Rahman berkata, pembinaan LTU antara pembangunan yang diperjuangkan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun untuk kesejahteraan penduduk di Pelangai.

“Projek ini sekiranya dilaksanakan akan memberi impak besar kepada Pelangai terutama dalam aspek limpahan dan kemakmuran ekonomi kepada penduduk di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya