Kepulangan Sultan Ibrahim disambut dengan laungan Daulat Tuanku, kibaran bendera - Utusan Malaysia

Kepulangan Sultan Ibrahim disambut dengan laungan Daulat Tuanku, kibaran bendera

RAKYAT berbilang kaum termasuk para pelajar menyambut kepulangan Sultan Ibrahim dengan laungan 'Daulat Tuanku' dan kibaran bendera Johor apabila kenderaan yang membawa baginda melalui jalan utama di negeri ini susulan pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keberangkatan pulang Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke negeri ini disambut dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ oleh rakyat berbilang kaum yang beratur di sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Royal Press Office (RPO) dalam satu kenyataan memaklumkan, sambutan itu ekoan pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. 

“Rakyat berbilang kaum berkumpul sejak awal pagi di sepanjang jalan dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

“Mereka terdiri daripada ketua jabatan kerajaan, ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar dan orang awam yang memegang sepanduk serta mengibarkan bendera Johor sebaik konvoi diraja melintasi mereka,” demikian menurut kenyataan itu.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene juga disambut oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

“Berangkat sama menyambut keberangkatan tiba baginda di Senai ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta paduka anakanda yang lain.

Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.

Pemilihan baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263  yang berlangsung di Istana Negara, Jumaat lalu.

Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024.

Ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar merupakan Yang di-Pertuan Agong Ke-8 yang dipilih pada tahun 1984. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya