'Datuk Seri Tuan Ibrahim insya-Allah bakal Menteri Besar Pahang' - Muhyiddin - Utusan Malaysia

‘Datuk Seri Tuan Ibrahim insya-Allah bakal Menteri Besar Pahang’ – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin berucap pada sesi dialog bersama NGO-NGO Melayu Pahang di Dewan Restoran Faez Tomyam di Jelebu, Negeri Sembilan. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal diangkat sebagai Menteri Besar Pahang jika berlaku perubahan dalam kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Oktober ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PRK Pelangai perlu dijadikan tempat untuk rakyat khususnya pengundi Melayu memberikan isyarat jelas untuk mengubah kerajaan negeri.

“Tambah satu (Pelangai) jadi 18 (kerusi dimenangi PN di Pahang) kurang empat (untuk bentuk kerajaan negeri)… kot kot bangun esok pagi ada ahli yang berhormat UMNO kata eh aku silap dekat situ masuk jemaah kita.

“Menteri besar kita ada dekat sini, Datuk Seri Tuan Ibrahim insya-Allah bakal Menteri Besar Pahang,” katanya yang meminta hadirin menepuk tangan ketika berucap pada sesi dialog bersama NGO-NGO Melayu Pahang di Dewan Restoran Faez Tomyam di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Muhyiddin berkata, PN sentiasa bersikap terbuka menerima sesiapa sahaja sama ada rakyat atau ahli parlimen yang ingin bersama gabungan tersebut.

Ditanya adakah PN merancang mengubah kerajaan negeri selepas PRK Pelangai, beliau berkata, pilihan raya itu cukup penting dan gabungan tersebut sedang melipatgandakan usaha bagi memperoleh kemenangan di kerusi tradisi UMNO tersebut.

“Jadi kita harap pengundi di sini (Pelangai) beri sokongan kepada Cikgu Kasim (Kasim Samat), ia akan mengukuhkan lagi PN di Pahang.

“Kita tahu bilangan kita, tapi kita tengok keadaan dan masanya. Kalau ada keadaan tertentu yang boleh berlaku dan kita boleh bentuk kerajaan, kita harap kita boleh bentuk kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya