Badan kehakiman berfungsi tanpa takut, pilih kasih - Tengku Maimun - Utusan Malaysia

Badan kehakiman berfungsi tanpa takut, pilih kasih – Tengku Maimun

Tun Tengku Maimun dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-Undang ASEAN (ALA) Ke-14 dan Persidangan Undang-Undang ASEAN 2023, di ibu negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Badan Kehakiman Malaysia terus menjalankan fungsinya tanpa  takut atau pilih kasih terhadap mana-mana individu atau pihak  berlandaskan  prinsip kedaulatan undang-undang..

Memberi jaminan itu, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempunyai pandangan sama dan mendukung prinsip tersebut dengan menunjukkan sokongan beliau.

Menurut beliau, sokongan kerajaan itu  membolehkan badan eksekutif dan kehakiman menjalankan fungsi masing-masing secara bebas namun pada masa sama saling membantu apabila diperlukan.

“Di sebalik perbezaan dan sebagai pengamal undang-undang di rantau ASEAN, kami berkongsi dedikasi mendalam untuk mencari keadilan. Kewajipan ini merentasi sempadan negara dan sistem perundangan. 

“Komitmen bersama terhadap keadilan tanpa mengira latar belakang individu, memperkasakan perpaduan dan memperkukuhkan tekad sambil menegakkan kedaulatan undang-undang selain menggalakkan kerjasama dalam rantau ASEAN,” katanya.

ASEAN

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-Undang ASEAN (ALA) Ke-14 dan Persidangan Undang-Undang ASEAN 2023, di sini, hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Hakim Negara.

Tengku Maimun  yang juga Pengerusi ALA Malaysia berkata, persidangan itu akan dijadikan sebagai platform komprehensif yang membincangkan pelbagai subjek penting membabitkan kepentingan negara-negara ASEAN.

Katanya, ia antara lain bertujuan untuk mengetengahkan isu yang sering diabaikan dan keperluan untuk bergerak melangkaui persefahaman untuk merangka tindakan yang signifikan.

“Topik itu merangkumi keperluan segera untuk melindungi hak wanita dan kanak-kanak kepada trend pendigitalan yang semakin pesat dalam landskap ASEAN. 

“Sesi pembukaan persidangan bertajuk ‘Our Women and Children – From Nominalism to Significance’ adalah untuk mendalami isu kesihatan mental yang membebankan wanita dan kanak-kanak,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya