Tiada Muda tidak tumbang kerajaan - Utusan Malaysia

Tiada Muda tidak tumbang kerajaan

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd. Nor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

limen kerajaan memaklumkan mereka tidak tergugat dengan tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan walaupun hilang majoriti dua pertiga.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd. Nor berkata, meskipun kerajaan tidak dapat meminda Perlembagaan Persekutuan kerana kurang sokongan dua pertiga, ia masih boleh ditentukan semasa hari pengundian usul pindaan Perlembagaan nanti.

Menurut beliau, lebih pen­ting tindakan Ahli Parlimen Muar itu menumbangkan kerajaan kerana masih mempunyai 147 sokongan wakil rakyat selain sesebuah gabungan politik hanya memerlukan sekurang-kurangnya 112 sokongan ahli parlimen untuk memerintah.

“Saya setuju memang kerajaan hilang sokongan dua pertiga, tetapi, bagi sesetengah isu seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan sebagainya, apabila undi belah bahagian, pembangkang juga terlibat mengundi dan ketika itu dapat dua pertiga sokongan. Jadi, bergantung kepada keadaannya bagaimana.

“Soal Syed Saddiq, itu atas kapasitinya sebagai ahli parlimen. Sebagai kerajaan, saya tidak kecewa. Apabila dilantik sebagai ahli parlimen, itu adalah pilihan sendiri. Mandat diberi dan keputusan di tangan sendiri.

“Kita mahu demokrasi negara ini nampak matanglah, sebab itu ahli parlimen (kerajaan dan pembangkang) akan go on (setuju) sesetengah isu. Walaupun saya kerajaan, jika melibatkan kepentingan awam, saya akan undi,” katanya ketika ditemui di Parlimen, semalam.

Seorang menteri Pakatan Harapan (PH) tetapi enggan dinamakan berkata, untuk menjadi kerajaan, tidak memerlukan dua pertiga sokongan manakala persetujuan untuk meminda Perlembagaan boleh ‘dirunding’ dengan pembangkang.

“Sebenarnya, anda tidak perlu dua pertiga majoriti untuk menjadi kerajaan. Ia hanya untuk meminda Perlembagaan. Lagipun, kerajaan sekarang ada 147 sokongan ahli parlimen, masih tidak tumbang pun. Sebab itu saya tidak mempedulikan Syed Saddiq. Pasal sokongan dua pertiga, kita (kerajaan) datang dan bincang dahululah dengan pembangkang,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan kecewa kerana Syed Saddiq tidak sepatutnya bertindak seolah-olah kelihatan suci dan lebih baik berbanding pemimpin lain.

“Beliau sendiri ada kes mahkamah, jadi apa yang beliau merepek ini? Kita patut nasihat beliau jangan ikut sangat cakap Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad). Soal dakwaan kami ahli kerajaan tidak berani bersuara, sebab kami tidak mahu biadap. Kami ikuti kod etika,” kata Ramanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN