PUTRAJAYA: Sebarang tuntutan atau cadangan untuk menambah bahagian pilihan raya dengan memecah parlimen terutama kawasan bandar sukar dilaksanakan dan tidak akan berlaku. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, persempadanan kawasan pilihan raya tidak boleh dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Menurut beliau, Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa urusan persempadanan semula hanya boleh dibuat setiap tempoh lapan…










