Penunggang motosikal rempuh anggota JPJ direman empat hari

Penunggang motosikal rempuh anggota JPJ direman empat hari

rempuh jpj
PENUNGGANG motosikal (tiga dari kanan) yang merempuh seorang anggota penguatkuasa JPJ dalam satu operasi sekatan jalan raya dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson pagi tadi bagi permohonan reman terhadapnya.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang penunggang motosikal yang ditangkap selepas merempuh seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu operasi sekatan jalan raya di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini, semalam, direman selama empat hari.

Perintah reman yang berakhir hari Khamis ini dikeluarkan terhadap lelaki berusia 25 tahun itu oleh Majistret Mahkamah Majistret Port Dickson, Uthman Abd. Ghani pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi semalam yang videonya turut tular di media sosial itu, suspek yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y125ZR dikatakan cuba melanggar sekatan jalan raya tersebut.

Suspek kemudian telah merempuh anggota penguatkuasa JPJ yang bertugas iaitu Muhammad Nur Hakim Mohd Razip. Anggota JPJ berkenaan kemudian telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapat rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Semalam, Aidi Sham berkata, suspek tersebut turut mempunyai lapan rekod membabitkan dadah dan jenayah, selain tidak mempunyai lesen memandu manakala cukai jalan tamat tempoh sejak 2012.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya