Muda berhak nilai sokongan

Muda berhak nilai sokongan

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berhak menilai se­mula sokongannya ke­pa­da kerajaan perpaduan.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Muda berhak membuat keputusan dan mengetahui kesannya.

“Itu saya anggap sebagai satu reaksi yang diluahkan dan sebagai sebuah parti politik, Muda tahu baik buruk tindakan yang mereka buat,” katanya selepas menghadiri Ceramah Kelompok PH di Taman Anggerik, di sini.

Muda dalam satu ke­nyataan kelmarin dilaporkan tidak akan teragak-agak menilai semula kedudukannya da­lam menyokong kerajaan perpaduan jika tiga tuntutan parti itu terhadap perkembangan kes membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak diambil tindakan susulan oleh kerajaan.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Muda menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan Presi­den UMNO itu atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram adalah pelanggaran terbesar ter­hadap garisan merah ins­titusi kehakiman negara.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan terbuka terhadap cadangan reformasi institusi pengasi­ngan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Katanya, ketika ini kerajaan perpaduan ha­nya mewarisi sistem yang sudah diguna pakai oleh kerajaan terdahulu.

“Saya baca kenyataan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen. Buat masa sekarang pelantikan Peguam Negara itu adalah perkenan Yang di-Pertuan Agong atas usul ketua eksekutif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN