Mara bantu ubah nasib pekerja tidak mahir

Mara bantu ubah nasib pekerja tidak mahir

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mara sedia me­latih kira-kira 70 peratus atau 11.5 juta pekerja tidak mahir untuk memperbaiki taraf hidup golongan tersebut melalui pelbagai program termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengerusinya, Datuk Dr. Asy­raf Wajdi Dusuki berkata, Mara kini berada pada kedudukan, keupayaan dan prestasi terbaik untuk menjadi salah satu agensi yang dapat membantu mening­katkan pendapatan golongan pekerja tidak mahir.

Menurut beliau, antara yang ditawarkan adalah pelbagai program berorientasikan kehendak pasaran di lebih 300 institusi pendidikan di bawah kendalian Mara di seluruh negara.

FENOMENA

“Saya percaya Mara dapat menyumbang kepada usaha kerajaan mendepani fenomena peningkatan pekerjaan tidak mahir dengan pendapatan bulanan rendah sekitar RM2,500.

“Mara bukan sahaja mempunyai ekosistem yang komprehensif dengan menawarkan latihan TVET dan pendidikan melalui 342 institusi pendidikan sedia ada, bahkan mempunyai keupayaan membangunkan potensi keusahawanan melalui pelbagai bentuk pembiayaan beserta program pembangunan kapasiti dan kemahiran perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia berhubung saranan pakar ekonomi yang mencadangkan supaya Belanjawan 2024 memberi fokus khusus untuk membantu meningkatkan pendapatan 70 peratus pekerja tidak mahir daripada 16.5 juta pekerja di seluruh negara.

Ini kerana sebahagian besar peratusan pekerja tidak mahir disumbangkan oleh golongan belia yang menyertai sektor gig ekonomi seperti e-hailing dan p-hailing dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000.

Peratusan itu turut dijangka bertambah apabila hampir 458,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak beberapa tahun kebelakangan ini enggan meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

CUKUP

Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, RM2,500 tidak cukup untuk menampung kos sara hidup khususnya mereka yang bekerja di bandar-bandar besar.

Mengulas lanjut, Asraf berkata, beliau percaya Mara mampu menggalas amanah tersebut sekiranya diperlukan sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara dan memperbaiki pendapatan golongan tersebut.

“Dengan aspek tadbir urus dan tata kelola organisasi yang rapi di bawah seliaan barisan pengurusan dan ahli-ahli Majlis Mara yang profesional dan berketerampilan, Insya-Allah Mara mampu menggalas ama­nah ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN