Dua lukisan Picasso dibeli Jasmine guna duit curi 1MDB - Utusan Malaysia

Dua lukisan Picasso dibeli Jasmine guna duit curi 1MDB

ANTARA beg dan jam tangan berjenama mewah yang disita daripada Jasmine sekutu Jho Low yang disyaki dibeli mengguna duit curi 1MDB.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sembilan lukisan termasuk dua hasil pelukis terkemuka Sepanyol, Pablo Picasso yang semua­nya bernilai RM8.5 juta dibeli oleh Jasmine Loo Ai Swan menggunakan duit curi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah untuk pelaburan Low Taek Jho atau Jho Low.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan mendapati lukisan-lukis tersebut dibeli atas nama Jasmine namun dibayar Jho Low yang kemudian untuk tujuan pelaburan ahli perniagaan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay

“Dua lukisan Pablo Picasso dianggarkan bernilai RM6 juta manakala tujuh lagi daripada pelbagai pelukis dianggarkan bernilai RM2.5 juta. Satu lukisan tersebut dipercayai disimpan di Switzerland manakala lapan lagi di New York, Amerika Syarikat,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, selain lukisan-lukisan tersebut, bekas peguam 1MDB berusia 39 tahun yang berstatus bujang itu mengaku memiliki beberapa hartanah dibeli menggunakan wang 1MDB di Amerika Syarikat, England dan Si­ngapura.

“Lot hartanah melalui pembelian kondominium di Amerika Syarikat bernilai AS$4.6juta (RM21.4 juta), lot hartanah di London, England bernilai AS$2.7 juta (RM12.5 juta), pelaburan serta AS$5 juta (RM23.3 juta) yang dibekukan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

“Malah, PDRM juga telah mengenal pasti beberapa akaun bank di Singapura serta dua kondominium bernilai Dollar Singapura 3.8 juta (RM12 juta) atas nama wanita itu,” kata Ayob.

Kata beliau, Jasmine turut mengaku menerima lima transaksi daripada entiti dan syarikat bernilai AS$16 juta (RM74.9 juta) melalui syarikat River Dee International SA yang didaftarkan di British Virgin Islands selain membuka akaun Falcon Private Bank bersama Jho Low pada November 2012. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN