Zulkifli, Dr. Mazri calon PN di Pulai, Simpang Jeram - Utusan Malaysia

Zulkifli, Dr. Mazri calon PN di Pulai, Simpang Jeram

MUHYIDDIN YASSIN mengangkat tangan Zulkifli Jaafar (tiga dari kanan) dan Dr. Mohd. Mazri Yahya (tiga dari kiri) pada Majlis Pengumuman Calon PN di Kempas, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulai, Zulkifli Jaafar diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 9 September ini.

Pakar bedah vaskular dan endovaskular, Dr. Mohd. Mazri Yahya pula diumumkan sebagai calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN Pulai, di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau;  Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin serta Pengerusi PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Zulkifli, 50, anak jati negeri ini merupakan usahawan berjaya dan dikenali dalam kalangan rakyat setempat.

Sementara itu, Dr. Mohd. Mazri pernah bertanding di kerusi Parlimen Pulai dan kerusi DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun tewas di kedua-dua kerusi tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pada 9 September ini.

Setakat 23 Julai, seramai 166,653 individu layak mengundi bagi kerusi Parlimen Pulai dan 40,379 pengundi di DUN Simpang Jeram.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak lapan borang pencalonan bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Muar telah dibeli setakat 18 Ogos lalu.

Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup  pada 23 Julai lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya