PETALING JAYA: Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Malaysia (Bersatu), Dr. Muhammad Faiz Na’aman tidak sabotaj parti dan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) sebaliknya kecewa dengan pemilihan calon-calon. Katanya, beliau mewakili suara akar umbi dan bahagian parti yang tidak berpuas hati ekoran pemilihan calon-calon pilihan raya yang dianggap mempunyai ‘muslihat’ tertentu. “Saya tidak melawan arus parti, tetapi masalahnya adalah kumpulan pembuat keputusan ini. Suara saya mewakili beberapa ketua bahagian dari sembilan bahagian…










