PRK: PN cemburu kerjasama baik PH-BN - Rayer - Utusan Malaysia

PRK: PN cemburu kerjasama baik PH-BN – Rayer

RSN RAYER (tiga dari kiri) membantu kempen calon PH, Suhaizan Kayat pada majlis perjumpaan dengan masyarakat India di Tampoi, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keinginan Perikatan Nasional (PN) yang mahu menjatuhkan kerajaan perpaduan adalah kerana rasa iri hati dan cemburu mereka terhadap kerjasama baik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, penolakan dibuat kepimpinan PN terhadap penubuhan kerajaan menunjukkan mereka tidak mengambil berat terhadap kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Menurutnya, kepimpinan PH dan BN bersikap sebaliknya dengan mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong untuk mengenepikan perbezaan selama ini dan bekerjasama demi Malaysia.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak penuhi kerajaan perpaduan, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula mahu menjatuhkan kerajaan perpaduan hari ini. Mereka bersikap angkuh kerana tidak boleh tengok PH dan BN bekerjasama dengan baik.

“Mereka tidur pun sampai bermimpi akan kerjasama ini, sehingga menyebabkan mereka pening kepala dan tidak henti-henti mencari formula mahu jatuhkan kerajaan,” katanya selepas mengiringi calon PH Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat pada majlis perjumpaan dengan masyarakat India di Tampoi, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Ketua Pengimbang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Andrew Chen Kah Eng.

Rayer mengakui secara peribadi dapat menerima kerjasama antara PH dan BN disebabkan semangat dan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

“Dulu memang kita lawan UMNO, tetapi sekarang sudah jadi kawan sehingga saya kibarkan bendera BN sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Kenapa saya sokong adalah kerana saya warganegara Malaysia.

“Buktinya, kerjasama antara jentera DAP dan UMNO adalah pada tahap baik, apatah lagi selepas PRN enam negeri baru-baru ini dan saya yakin kerjasama itu semakin baik dalam PRK ini dan juga dalam pentadbiran kerajaan kelak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya