PH-BN Terengganu yakin kuasai 19 kerusi DUN

PH-BN Terengganu yakin kuasai 19 kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Gandingan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) optimis mampu menawan sekurang-kurangnya 19 ke­rusi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) esok.

Timbalan Pengerusi UM­NO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, BN bukan sahaja yakin dapat pertahan 10 kerusi dimenangi BN pada PRU14 tetapi juga merampas sembilan kerusi dikuasai Pas.

“Kita yakin gabu­ngan BN-PH mampu bentuk kerajaan baharu di Terengganu. Sebanyak 10­ kerusi telah kita mena­ng akan dipertahan dan sekarang berusaha cari beberapa lagi bagi bolehkan kita bentuk kerajaan walaupun dengan majoriti mudah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerusi yang kita tewas bawah 1,000 undi, kita akan rampas kembali me­lalui sokongan gelombang kesedaran rakyat terutamanya anak-anak muda yang mengakui ‘tersilap pangkah’ sebelum ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambahnya, peluang cerah dilihat untuk menawan empat kerusi dalam Parlimen Besut iaitu Jerteh, Kota Putera, Hulu Besut dan Kuala Besut serta kerusi Batu Rakit, Permaisuri, Langkap serta Jabi di Parlimen Setiu.

Katanya, manifesto di­tawarkan BN pada PRN kali ini merangkumi lima kluster serta 49 perkara diterima baik oleh pe­ngundi dan yakin ia mampu dilaksanakan.

“Sebenarnya 80 peratus daripadanya telah dilaksanakan ketika jadi kerajaan negeri sebelum ini. Sebab itulah tidak banyak pertambahan da­lam manifesto kali ini iaitu sekitar 20 hingga 25 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×