PETALING JAYA: Lebih banyak inisiatif dan bantuan untuk golongan M40 perlu diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 supaya golongan itu tidak berasa terpinggir. Dalam Belanjawan 2023, kira-kira 23 inisiatif diperkenalkan untuk kumpulan B40, namun hanya empat inisiatif dinikmati golongan M40. Antaranya, pengurangan cukai pendapatan individu sehingga 2 mata peratusan melibatkan setiap banjaran pendapatan melebihi RM35,000 hingga RM100,000, sekali gus memanfaatkan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.…