Kings University College penuhi keperluan TVET

Kings University College penuhi keperluan TVET

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penubuhan Kings University College (KUC) merupakan satu langkah penting ke arah mengubah pendidikan tinggi ke arah memenuhi keperluan industri dan menangani isu kekurangan tenaga berkemahiran dalam negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, KUC dilihat memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang antara Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan akademik dengan menyediakan peralihan yang lancar. 

Beliau menyatakan kerajaan komited untuk mempertingkatkan laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan KUC adalah bukti komitmen itu.

“Dengan menawarkan akses ini dari program TVET berkualiti tinggi kepada akademia, KUC akan memperkasakan pelajar dengan peluang yang dipertingkatkan dan prospek kerjaya untuk gaji premium,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian KUC di sini hari ini.

Dalam pada itu, KUC dalam kenyataan berkata, pihaknya dijangka merevolusikan landskap pendidikan dengan model perintisnya mewujudkan hab inovasi pendidikan yang mantap dan inklusif di ibu kota dengan tumpuan kepada pendidikan berorientasikan kemahiran industri.

Katanya, KUC adalah detik kebanggaan untuk memajukan pendidikan, membangunkan bakat dan menyediakan peluang yang sama rata untuk semua. 

“Dengan tambahan baharu kepada landskap pendidikan tinggi Malaysia ini, negara mengorak langkah yang ketara ke arah membentuk generasi individu berbakat yang diperlengkapkan untuk menghadapi cabaran dunia moden.

“Kampus pintar KUC akan menjadi ruang pembelajaran yang inovatif dengan hab inovasi menempatkan makmal dan inkubator dalam bidang seperti keselamatan siber, kecerdasan buatan (AI), sains data, internet of things dan metaverse,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN