Kerajaan Pahang tidak pilih kasih salur BPP - Utusan Malaysia

Kerajaan Pahang tidak pilih kasih salur BPP

SYED IBRAHIM Syed Ahmad (kiri) menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang kepada imam dan mudir di SMA Pulau Tawar di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kerajaan Pahang memberi jaminan agihan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) akan mengambil kiri semua penerima berkelayakan tanpa mengira fahaman politik termasuk di daerah dimenangi pembangkang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, di daerah ini, sebanyak RM706,500 BPP 2023 diagihkan kepada mereka yang layak menerima bantuan ini,

“Tidak kira sama ada kawasan itu di bawah pentadbiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diwakili oleh kerajaan ataupun yang bukan diwakili oleh kerajaan, ia kerana kita memikirkan kepentingan rakyat yang menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan BPP 2023 kepada masjid, surau kebenaran Jumaat, maahad tahfiz, pelajar Tahfiz, mualaf di Sekolah Menengah Agama (SMA) Pulau Tawar di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 106 mualaf menerima RM200 seorang dengan jumlah keseluruhan RM21,200 dan seramai 853 pelajar tahfiz menerima RM100 seorang dengan jumlah keseluruhan RM85,300.

Selain itu sebanyak 15 maahad tahfiz menerima RM2,000 dengan jumlah RM30,000 manakala 57 masjid mendapat sumbangan RM10,000 bagi setiap masjid dengan jumlah RM57,000.

Turut disampaikan penyerahan replika cek BPP 2023 kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), penyerahan surat kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu Felda dalam Mukim Pulau Tawar, Jerantut dan penyampaian kenderaan Toyota Innova kepada Kuliah Lughah Waddin Sultan Abu Bakar, Pekan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya