Kemenangan Altimet bukti kepercayaan terhadap anak seni

Kemenangan Altimet bukti kepercayaan terhadap anak seni

Altimet menang di Lembah Jaya pada PRN baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli menyifatkan kemenangan komposer dan penyanyi rap, Altimet dalam pilihan raya negeri (PRN) lalu membuktikan kepercayaan rakyat terhadap anak seni.

Altimet atau nama sebenar­nya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad, 44, yang mewakili Pa­katan Harapan (PH) menang di kerusi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Lembah Jaya dengan meraih 26,298 undi mengatasi pencabarnya dari Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang memperoleh 19,620 undi.

Kata Jurey, kemenangan tersebut membuktikan anak seni mempunyai pengaruh besar dan mampu menjadi pemimpin untuk membantu masyarakat secara amnya.

“Altimet selaku Ketua Cabang Penyelaras DUN Lembah Jaya telah menjalankan tanggungjawab dan usaha membantu masyarakat di kawasan tersebut. Saya yakin kemenangannya pada PRN lepas didorong oleh kepercayaan bukan sahaja akar umbi PH malah penduduk di kawasan Lembah Jaya.

“Rakyat semakin bijak menilai, mereka nampak usaha Altimet yang sebelum PRN lagi sudah menggerakkan gerak kerja membantu komuniti di kawasan tersebut.

“Rakyat mahukan wakil rakyat yang boleh buat kerja. Jadi Altimet terbukti meraih sokongan dan dirasakan layak memimpin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jurey dalam masa yang sama berharap Altimet dapat melaksanakan tanggungjawab yang di­amanahkan pengundi-pe­ngun­dinya dengan sebaiknya.

“Saya berharap beliau terus bekerja untuk masyarakat ke­rana rakyat hari ini dibelenggu pelbagai masalah.

“Kemenangan Altimet mem­­buka pintu kepada anak se­ni yang lain untuk menjadi wakil rakyat. Saya harap lebih ramai anak seni dapat kedudukan di Dewan Negara atau Dewan Rakyat kerana selain membawa amanah rakyat, mereka juga membawa ama­nah penggiat seni tanah air,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN