Kekalahan berterusan UMNO punca ahli khianat – Veteran

Kekalahan berterusan UMNO punca ahli khianat – Veteran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kekalahan berterusan UMNO sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sehingga pilihan raya negeri (PRN) lalu dipercayai berpunca pengkhianatan ahli-ahlinya.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, UMNO masih re­levan selagi ahlinya tidak mengkhianati UMNO.

Katanya, walaupun ke­putusan PRN tidak berpihak kepada UMNO, tetapi penyokong setia tetap mempertahankan parti itu.

“Malangnya akibat ahli yang tidak setia dan belot, maka UMNO kecundang dan kalah teruk.

“Dalam erti kata yang mudah UMNO kalah te­ruk sejak PRU15 sehingga PRN yang baru lalu kerana dikhianati oleh ahlinya sendiri,” katanya semalam.

Pada PRU15, UMNO hanya memenangi 30 kerusi, dan pada PRN kali ini parti itu meraih lebih sedikit iaitu 19 kerusi.

Mustapha berkata, justeru, UMNO perlu bangkit dan menyusun strategi perang yang baharu dan tidak boleh lagi mengambil sikap bertahan, tetapi mesti ‘me­nyerang’.

Katanya, UMNO perlu menjelaskan isu-isu penting yang sukar di­terima dan difahami oleh ahli, terutama penyertaan dalam Kerajaan Perpaduan bersama DAP dan slogan No Anwar No DAP.

“Rata-rata ahli tidak faham rasional di sebalik kerjasama itu. Masa lapan bulan yang singkat tidak sempat untuk menyampaikan kefahaman kepada ahli. Bahagian dan cawangan gagal menjelaskan kepada ahli.

“Kepimpinan UMNO jangan mengambil remeh. Mereka mesti turun padang bertemu dan berdialog dengan ahli.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN