Kazoku beri Jalur Gemilang kepada pelanggan - Utusan Malaysia

Kazoku beri Jalur Gemilang kepada pelanggan

ABDUL Salim Putera Ahmad Shibi (kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada pelanggannya di Pusat Cucian Kenderaan Kazoku di Pekan Razaki, Ipoh. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebuah kedai mencuci kenderaan di Pekan Razaki di sini mengambil inisiatif memberikan Jalur Gemilang secara percuma kepada pelanggannya sebagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan.

Pengurus Pusat Cucian Kenderaan Kazoku, Abdul Salim Putera Ahmad Shibi berkata, pemberian bendera secara percuma itu dibuat sejak dua minggu yang lalu.

Menurutnya, inisiatif itu dibuat selepas pihaknya mendapati masih banyak rumah dan premis perniagaan tidak mengibarkan Jalur Gemilang.

“Saya membuat inisiatif ini kerana mahu kita beramai-ramai mengibarkan Jalur Gemilang, tak kira di mana, di rumah atau pada kenderaan masing-masing.

“Sepatutnya dalam bulan kemerdekaan ini, kita sama-sama rasa berbangga mengibarkan bendera sebagai tanda sayangkan negara,” katanya.

Abdul Salim Putera berharap lebih ramai peniaga, usahawan dan kakitangan kerajaan yang memasa Jalur Gemilang di premis atau kenderaan masing-masing sempena bulan kebangsaan,

Katanya, pihaknya menyediakan dua jenis bendera untuk pelanggan iaitu bendera kecil kenderaan dan bendera besar untuk digantung di premis perniagaan atau di rumah.

“Saya berharap premis perniagaan lain juga dapat memberikan bendera percuma kepada pelanggan mereka sebagai inisiatif untuk bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN