ALOR SETAR: “Tolong jangan panggil saya YB (Yang Berhormat), cukup sekadar Ashraf atau Acap, kata wakil rakyat baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir. Katanya, beliau juga lebih senang dipanggil sebagai ‘anak’ oleh golongan berusia di sekitar kawasan tersebut bagi menggambarkan hubungan akrab yang bakal dibina antara mereka. Mohd. Ashraf berkata, beliau mahu membawa budaya baharu yang lebih erat bersama penduduk setempat daripada sekecil-kecil…