Istiadat angkat sumpah Exco Negeri Sembilan hari ini

Istiadat angkat sumpah Exco Negeri Sembilan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Ne­geri Sembilan akan berlangsung hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim memberitahu, istiadat itu akan berlangsung di Ba­lairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dijadual berkenan menyempurnakan istiadat tersebut.

Dalam pada itu, Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Sembilan yang pertama bagi penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 akan diadakan selepas majlis mengangkat sumpah itu.

Dijangka seramai 10 orang dalam kalangan 31 orang Ah­li Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan di dalam DUN Negeri Sembilan akan membarisi barisan baru Exco.

Sehingga semalam, siapakah yang akan dilantik dan portfolio yang dipertanggungjawabkan belum diketahui.

Beberapa nama disebut termasuklah tiga ADUN DAP yang memegang jawatan penggal la­lu.

Mereka ialah Teo Kok Seong (Bahau); Nicole Tan Lee Koon (Bukit Kepayang) dan S. Veerapan (Repah).

Bagi kuota PKR, dua nama disebut ialah Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan, Noorzunita Begum Mohd. Ibrahim (Pilah) dan ADUN Ampangan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

Barisan Nasional (BN) yang menang 14 kerusi dijangka diberikan empat jawatan Exco termasuklah ADUN Pertang yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Nama-nama lain yang di­sebut ialah Datuk Ismail Lasim (Sena­ling), Mustapha Nagoor (Palong) dan Datuk Mohd. Faizal Ramli (Linggi).

PRN lalu menyaksikan daripada keseluruhan 36 kerusi DUN di negeri ini, Pakatan Harapan (PH) menang di 17 kerusi manakala BN menang di 14 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN