Industri sawit catat peningkatan suku pertama 2023 –Fadillah Yusof

Industri sawit catat peningkatan suku pertama 2023 –Fadillah Yusof

FADILLAH Yusof melakukan lawatan ke salah satu tapak pameran POMTEC 2023 yang terdiri terlibat daripada pemain industri kelapa sawit, di Hotel Imperial Miri hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI: Malaysia yang merupakan antara negara kedua terbesar dalam pengeluaran minyak sawit dunia perlu menjadi tonggak dalam sektor pertanian negara sekali gus memulihkan ekonomi negara.

Sektor berkenaan berpotensi menyediakan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut mendedahkan pada suku pertama tahun ini, Malaysia merekodkan RM10 bilion berbanding RM9.5 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu. 

“Sektor minyak sawit meningkat daripada RM9.5 bilion pada suku pertama tahun 2022 kepada RM10 bilion pada suku pertama tahun 2023, menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus dalam ekonomi Malaysia.

“Justeru, kita menggalakkan pemain industri untuk memainkan peranan mereka dalam melibatkan diri dan terus mempromosikan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mapan Malaysia (MSPO) untuk diiktiraf di peringkat global demi penambahbaikan industri minyak sawit dalam menekankan perlindungan alam sekitar, tanggungjawab sosial dan daya maju ekonomi,” jelasnya dalam ucapan di Majlis Perasmian Pameran & Persidangan Teknologi Pengilangan Minyak Sawit (POMTEC) 2023, di Hotel Imperial Miri hari ini.

POMTEC 2023 dianjurkan bagi mengetengahkan keberkesanan teknologi terkini yang menggalakkan kemapanan seperti proses mesra alam, pengurangan sisa dan kecekapan tenaga dalam operasi pengilangan minyak sawit. 

Usaha itu sekali gus membantu penjagaan alam sekitar, serta meningkatkan kecekapan dan keuntungan operasi industri sawit. 

Fadillah menambah, negara perlu mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh industri minyak sawit dalam memulihkan ekonomi pasca pandemik terutamanya sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia. 

“Selain itu, kepentingan MSPO merupakan alat penting untuk diiktiraf oleh semua pemain industri minyak sawit dalam memajukan ke arah pengeluaran minyak sawit yang mampan. Dengan mengamalkan amalan mampan sedemikian, ia akan memastikan daya saing dan penerimaan minyak sawit pada masa hadapan di pasaran global,” katanya. 

Menerusi program yang dianjurkan, Fadillah menggesa pihak terlibat untuk terus bereksperimen dengan kaedah dan strategi inovatif untuk menambah nilai kepada rantaian pengeluaran minyak sawit. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN