BACHOK: Kertas siasatan melibatkan seorang wanita yang ditahan bagi membantu kes kebakaran semak di sini, Jumaat lalu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, wanita berusia 52 tahun itu sudah memberi keterangan selepas ditahan pada Jumaat lalu. “Wanita itu sudah dibebaskan kelmarin setelah memberi keterangan kepada polis. Jadi nasihat saya kepada orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran…










