‘Apa salahnya Pas tambah kerusi lagi’

‘Apa salahnya Pas tambah kerusi lagi’

ABDUL HADI Awang bersama calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Mazri Yahya ketika berkempen di Simpang Jeram, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu gusar seandainya Perikatan Nasional (PN) menang di Simpang Jeram dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 9 September ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, hakikatnya yang perlu diterima oleh barisan kepemimpinan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan ialah Pas sudah pun menambah banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini.

Justeru, kata beliau, menang atau kalah di Simpang Jeram tidak akan memberi kesan ketara kepada Pas dan PN.

“Kita tak takut, menang alhamdulillah, kalah kita teruskan perjuangan. Jangan takut kerana kita hendak bawa kebaikan. Apa salahnya kita tambah kerusi lagi,” kata beliau.

Abdul Hadi berkata, Pas bukannya sekadar menambah satu kerusi tetapi satu jumlah yang cukup memberangsangkan.

“Terengganu sapu bersih. Di Kelantan, UMNO tinggal satu kerusi sahaja. Di Kedah sapu bersih, Selangor kita tambah, Negeri Sembilan kita bertambah sampai Melaka. Melaka ada tambahan sampai tiga Parlimen,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Abdul Hadi mengulas kenya­taan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid yang mengingatkan jentera BN dan PH supaya mengelak ‘kebanjiran’ Pas masuk ke Johor dengan menafikan kemenangan parti itu.

Ahmad Zahid berkata, BN mengakui kekuatan Pas di DUN Simpang Jeram dalam PRK kali ini.

Beliau berkata, jentera Kerajaan Perpaduan perlu bekerja keras memenangkan calon PH, Ir. Nazri Abdul Rahman di DUN berkenaan bagi mengelakkan Pas mendapat kerusi kedua selepas DUN Maharani ketika PRN Johor lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN