Amirudin masih diperlukan sebagai MB Selangor

Amirudin masih diperlukan sebagai MB Selangor

PRK PH
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kedudukan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar perlu dikekalkan bagi meneruskan agenda membangunkan negeri Sela­ngor.

Langkah itu wajar berdasarkan pengalaman Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Se­langor itu dalam kepimpinan pentadbiran terutama untuk berdepan perubahan komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan bilangan pembangkang yang lebih ramai iaitu 22 kerusi.

Timbalan Pengerusi PH, Borhan Aman Shah berkata, Amirudin diperlukan untuk sepenggal lagi bagi memboleh­kan beliau meneruskan projek-projek besar yang dirancang untuk negeri ini terutama da­lam Rancangan Selangor Pertama (RS1).

“Amirudin kena ada sepenggal lagi untuk beliau laksanakan projek-projek dirancangnya se­perti Pembangunan Wilayah Sabak Bernam (SABDA), Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (Idriss) dan Gerbang Maritim Sungai Klang (SMG).

“Malah dalam di pimpinan parti peringkat negeri kami menyokong sepenuhnya Amirudin untuk kekal sebagai Menteri Besar selain pengalamannya untuk mengetuai DUN dengan komposisi baharu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pada PRN lalu, gabungan PH-Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 34 daripada 56 kerusi termasuk di Sungai Tua yang dimenangi Amirudin Shari.

Sementara BN pula memenangi dua kerusi iaitu Dusun Tua yang diwakili Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan BN Selangor, Datuk Johan Abd. Aziz dan Datuk Rizam Ismail di Sungai Air Tawar.

Sementara itu, sumber dalaman PKR menafikan parti mem­buat perubahan terhadap kedudukan Menteri Besar Selangor termasuk menaikkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Dr. Fahmi Ngah bagi menduduki kerusi panas tersebut.

“Tidak ada diputuskan da­lam parti mengenai sebarang perubahan, sebaliknya pimpinan PH sebulat suara menyokong Amirudin sebagai Men­teri Besar, memang nama Fahmi ada disertakan tetapi itu adalah prosedur.

“Soal beliau (Fahmi) disebut-sebut sebagai Menteri Besar baharu banyak datang dari luar bukan dari dalaman parti sendiri. Jadi, memang Amirudin diperlukan di Selangor untuk berdepan jumlah pembangkang yang ramai dalam DUN nanti,” jelasnya.

Amirudin dijangka me­ngang­kat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Alam Shah pada Sabtu ini.

Ia susulan kepulangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dari United Kingdom (UK), kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN