8,718 saman ekor dikeluarkan hari pertama operasi - Utusan Malaysia

8,718 saman ekor dikeluarkan hari pertama operasi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan operasi saman ekor secara besar-besaran di seluruh negara kelmarin. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hari pertama operasi saman ekor dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara kelmarin menyaksikan 8,718 kenderaan dikenakan saman kerana memandu melebihi had laju.

Notis saman K170A yang boleh dikompaun RM300 diposkan ke alamat kediaman pemilik kenderaan masing-masing. Operasi tersebut akan diper­tingkatkan untuk mendidik pemandu memandu mengikut undang-undang.

Daripada jumlah itu, seba­nyak 8,352 saman dikeluarkan kepada pemilik kereta diikuti motosikal (44) dan 322 saman lagi melibatkan kenderaan perdagangan atau perkhidmatan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman, Datuk Mohd. Nasri Omar berkata, operasi `besar-besaran’ itu bagi mengesan pemandu kenderaan yang memandu melebihi had laju dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pe­ngangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurut beliau, anggota JSPT akan menggunakan ka­mera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju ditetapkan.

“Penguatkuasaan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju ini akan dijalankan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah.

“Tindakan ini bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas,” katanya di sini semalam.

Kata beliau, kompaun bagi saman tersebut dikompaun RM300 dengan notis saman dipos ke kediaman pemilik kenderaan.

“Notis pemberitahuan saman K170A bagi kesalahan di­sampaikan kepada pemilik kenderaan mengikut alamat lesen memandu secara pos surat berdaftar,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×