UMNO Jerantut yakin golongan muda sokong, pilih calon BN-PH - Utusan Malaysia

UMNO Jerantut yakin golongan muda sokong, pilih calon BN-PH

HARIS SALLEH Hamzah (duduk, tiga dari kiri) bersama kakitangan Jakoa dan Tok Batin dalam majlis ramah mesra di Hotel Darul Makmur bandar Jerantut di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: UMNO Bahagian ini yakin golongan muda akan kembali menyokong calon kerajaan Perpaduan diwakili Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja di Terengganu malah lima lagi negeri yang terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah berkata, menerusi lawatan awal dan pertemuan dengan pemimpin UMNO di Hulu Terengganu, hampir 59 peratus pengundi di sana adalah golongan muda termasuk mereka yang pertama kali mengundi pada PRN kali ini.

“Walau apa cara sekalipun menerusi pendekatan berhemah, jujur dan prinsip madani akan diterjemahkan kepada golongan ini termasuk pengundi lama semasa berkempen sama ada dari rumah ke rumah dan menerusi laman sosial.

“Kita optimis dengan senario yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, golongan muda akan kembali yakin serta memilih BN-PH menerusi undian PRN di Terengganu serta lima buah negeri yang terlibat pada 12 Ogos ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Tok Batin dan Jabatan Kemajuan Orang Asli di sini.

Menurut Haris Salleh, UMNO Jerantut ditugaskan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri membantu jentera PRN BN Terengganu akan berkampung di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Hulu Terengganu.

“Persiapan sudah diatur rapi seperti strategi berkempen untuk mendekati pengundi termasuk penyertaan sejumlah ‘rombongan’ yang terdiri ahli Jawatankuasa Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua cawangan di sini akan berada di sana sehingga PRN pada 12 Ogos ini.

“Rombongan UMNO Jerantut diketuai Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Datuk Rozilan Salleh akan berkampung di empat DUN itu bermula selepas hari penamaan calon pada 29 Julai dengan memberi kerjasama penuh kepada calon BN-PH yang bertanding nanti,” katanya.

Beliau berkata, bilangan ahli UMNO yang akan berkampung di Hulu Terengganu akan diputuskan dalam masa terdekat setelah memperoleh maklumat daripada Timbalan Ketua UMNO Bahagian selepas mesyuarat penyelarasan Bahagian Perhubungan UMNO Pahang.

Selanjutnya, Haris Salleh menambah, misi UMNO Jerantut untuk menggempur bagi kemenangan kepada calon BN di DUN Telemung, Kuala Berang, Ajil, manakala DUN Manir diwakili calon PH.

Ujarnya, segala perancangan berkempen daripada jentera UMNO Jerantut akan diselaraskan serta menerima pandangan daripada Badan Perhubungan UMNO Pahang dan Pusat tentang perkara yang bakal diketengahkan dalam tempoh berkempen di Hulu Terengganu sambil berharap BN/PH mendominasi kemenangan pada 12 Ogos ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya