Tukang cuci putus kepala selepas  jatuh bangunan  - Utusan Malaysia

Tukang cuci putus kepala selepas  jatuh bangunan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis mengesahkan menemukan mayat seorang lelaki warga asing dengan kepalanya terputus selepas  dipercayai terjatuh dari tingkat 29 bangunan perniagaan di Bandar Utama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mayat lelaki itu ditemukan pada pukul 3 petang dalam keadaan terbaring di bahagian tepi bangunan dengan kepalanya terputus.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu berusia 43 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah restoran di tingkat 29 bangunan berkenaan.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) nampak  lelaki itu berada di balkoni pada 2.46 petang sebelum kelibatnya tidak kelihatan selepas  dipercayai terjatuh dari balkoni itu,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Menurut Mohamad Fakhrudin, mayat tersebut kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Beliau meminta individu yang melihat atau berada di lokasi kejadian menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Fatin Afifa Shahpri di talian 013-7353589 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN