PETALING JAYA: Tiga individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan pihak berkuasa Isnin lalu, sekali gus melumpuhkan satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah. Menerusi operasi khas Op 82S itu, sejumlah wang tunai dianggarkan RM38 juta dirampas bersama emas anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 kereta mewah antaranya Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz juga telah disita. Operasi dilakukan Pasukan Petugas…










