BALING: Jika ikutkan hati, Abd. Rahman Said tidak sanggup melangkah ke tebing Sungai Kupang di Kampung Iboi, di sini apatah lagi memijak tapak rumah lamanya yang menyaksikan dia kehilangan tiga ahli keluarga dalam kejadian kepala air, setahun lalu. Namun, dek kerana mahu memenuhi permintaan untuk menunjukkan semula rumah yang diduduki bersama isterinya, Salmah Mat Akib yang terkorban dalam tragedi itu, warga emas berkenaan yang kini menginjak usia 72 tahun menguatkan…










